The Way Of Love

Sila Click untuk off kan music

Friday, November 19, 2010

Ringkasan Solat Jamak & Qasar

Solat Jamak & Qasar

Pengertian Solat Jamak

Mengumpul dua solat dalam satu waktu seperti waktu solat zohor kepada asar dan sebaliknya, serta solat maghrib dengan isyak dan sebaliknya.

Solat Jamak terbahagi kepada dua:

  1. Solat Jamak Takdim

    Solat zohor dan asar dihimpun pada waktu zohor dan solat maghrib serta isyak dihimpun pada waktu solat maghrib.

Syarat Jamak Takdim

  1. Hendaklah dimulai solat waktu dengan tertib waktu, ertinya dimulai solat zohor daripada asar dan solat maghrib daripada isyak.
  2. Berniat jamak pada solat yang pertama pada takbiratul ihram atau di tengah solat selama mana ia belum memberi salam.
  3. Hendaklah berturut-turut menunai solat pertama dan kedua atau diselangi selama kira-kira dua rakaat solat sunat. Sekiranya diselangi dengan iqamah dan berudhuk maka jamaknya tidak terbatal.
  4. Berkekalan musafirnya sehingga takbir solat yang kedua, tetapi tidak disyaratkan sehingga salam.


     

  1. Solat Jamak Takhir

    Solat zohor dan asar dihimpun pada waktu asar begitu juga solat maghrib dan isyak dihimpun pada waktu isyak.

Syarat Jamak Takhir

  1. Berniat mentakhirkan solat waktu yang pertama pada waktu kedua apabila masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat.

Cara-cara menunaikan jamak takhir.

  1. Apabila masuk waktu pertama (zohor atau maghrib), hendaklah kita berniat hendak mengerjakan solat waktu pertama pada waktu kedua (asar atau isyak).
  2. Solat jamak takhir tidak ditentukan tertib waktu nya. Apabila tiba waktu solat kedua (asar atau isyak), boleh didahulu solat yang waktu pertama atau kedua (zohor – asar serta maghrib-isyak).


 


 


 

Pengertian Solat Qasar

Memendekkan solat daripada empat rakaat kepada dua rakaat iaitu hanya pada solat zohor, asar dan isyak.

Syarat-syarat Qasar.

  1. Bermusafir dan bukan bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan yang lebih atau tidak kurang dari dua marhalah (60bt/ 100km).
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat fardhu yang mempunyai empat rakaat (zohor , asar dan isyak) yang dilaksanakan secara tunai. Solat qada' boleh diqasar sekiranya solat itu ditinggalkan ketika dalam musafir.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratul ihram,



"Sengaja aku solat fardhu zohor dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala".

  1. Tidak boleh berimam dengan orang bersembahyang secara "tamam" (sempurna).
  2. Hendaklah pasti destinasi dan tujuan, jika tidak tentu maka tidak boleh qasar.
  3. Berkekalan musafir sehingga selesai solat.
  4. Berpengatahuan tentang tuntutan harus mengerjakans solat qasar bagi orang bermusafir.


 

Penjelasan Jamak dan Qasar.

Sembahyang jamak dan qasar ialah solat yang hanya boleh dilakukan apabila seseorang bermusafir lebih daripada dua marhalah (60bt / 100km). Permulaan musafir dikira apabila setelah seseorang keluar dari kawasan mukim (40km persegi) samaada perjalanan itu melalui darat, sungai, laut atau udara. Akhir musafir ialah apabila kita memasuki semula kawasan permulaan musafir tadi iaitu permulaan sempadan mukim.

Bagi membolehkan seseorang itu untuk mengerjakan solat jamak dan qasar, hendaklah ia menentukan kemana arah tujuan dan destinasinya. Dan tempoh safarnya tidak lebih dari 3 hari, tidak termasuk hari sampai dan pulang. Sekiranya urusannya tidak dapat diselesaikan dari sehari ke sehari maka ia diharuskan jamak dan qasar selama 18 hari.

Kemudahan solat jamak juga diberikan kepada ahli kariah yang ingin mengerjakan solat jamak secara berjamaah dimasjid apabila hujan lebat disebuah kampung yang menyebabkan jalan lecah becak, dengan syarat masih ada hujan ketika awal solat dan di antara kedua-dua solat.


 

Niat Solat Jamak dan Qasar


 

  1. Niat Jamak Takdim dan Qasar: Zohor – Asar


     

    Niat solat Zohor:


     



"Sengaja aku sembahyang fardhu zohor dua rakaat qasar dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala".


 


 

Niat solat Asar:


 



"Sengaja aku sembahyang fardhu asar dua rakaat qasar dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala".


 


 

Mengerjakanya dengan satu azan dan diiirngi dua iqamat (setiap waktu).


 


 

  1. Niat Jamak Takdim dan Qasar: Maghrib – Isyak


     

    Niat solat Maghrib:


     



"Sengaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala".


 

Solat maghrib tidak boleh diqasarkan kerana hanya tiga rakaat. Hanya solat empat rakaat sahaja yang dibolehkan qasar.


 

Niat solat Isyak:


 



"Sengaja aku sembahyang fardhu isyak dua rakaat qasar dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala".

    

  1. Niat Jamak Takhir dan Qasar: Asar – Zohor


     

    Niat solat Asar:


     

    

    "Sengaja aku sembahyang fardhu asar dua rakaat qasar dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala".


     

    Niat solat Zohor:


     

    

    "Sengaja aku sembahyang fardhu zohor dua rakaat qasar dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala".


     

    1. Niat Jamak dan Qasar: Isyak - Maghrib

    Niat solat Isyak:


     

    

    "Sengaja aku sembahyang fardhu isyak dua rakaat qasar dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala".


    Niat solat Maghrib:


     

    

    "Sengaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala".

No comments:

Post a Comment