The Way Of Love

Sila Click untuk off kan music

Monday, November 1, 2010

Raya Qurban??

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat  ke atas kamu".

Hadis diriwayat oleh at- Tirmizi


Umat islam umumnya akan meraikan hari kebesaran dalam kalender Islam pada 17 November 2010 ini,
iaitu Hari Raya Hajj / Qurban. Sinonemnya dengan perayaan ini sudah tentu ramai diantara umat islam yang mengambil bahagian untuk melaksanakan ibadah korban sama ada dengan menyembelih lembu, kambing dsb.

Amalan ini tentunya akan memberi kesan dalam pengabdian kita kepada Allah swt sekiranya kita dapat melaksanakan dengan rasa penuh ikhlas dan merendah diri kepada Allah sebagai mana yang dituntut dalam Islam.

Pengertian Qurban.

Bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya yang mencukupi syarat seperti yang telah ditetapkan oleh hukum syara', daripada binatang ternakan yang dikategorikan sebagai peliharaan iaitu unta, lembu / kerbau, biri-biri dan kambing.
Penyembelihan haiwan ini hendaklah dilaksanakan pada hari Nahar atau Hari Raya Haji iaitu 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyrik - 11,12 dan 13 Zulhijjah kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Allah swt. mengurniakan ganjaran pahala yang besar kepada mereka yang melaksanakan ibadah qurban ini dan fadhilat yang diperolehi di antaranya:

a) Menambahkan amalan kebajikan kita dalam beribadah.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulu adalah kebajikan".

Riwayat: Tirmizi, Ibnu majah dan al-Hakim

b) Sebagai penebus dosa-dosa.

Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah: "Hai Fatimah, berdirilah disisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".

(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Untuk mengharapkan pahala dan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia disisi Allah Azza Wajalla".






Hikmah yang terkandung dalam ibadah korban ialah untuk kita memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s seperti yang dinayatakan di dalam ayat Al-Quran. Ianya juga akan melahirkan tanda bersyukur kita pada Allah terhadap nikmatnya yang melimpah-ruah.
Disamping itu juga ianya akan menanamkan rasa muhibah dan kasih sayang sesama kita antara si kaya dengan si miskin.


Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment