The Way Of Love

Sila Click untuk off kan music

Thursday, December 2, 2010

Menjaga Lidah serta Menghormati Tetamu dan Jiran

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Sabda Rasullallah s.a.w, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah bercakap baik atau diam, dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah menghormati jirannya dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah memulikan tetamunya".

 Hadis riwayat imam Bukhari dan imam Muslim.

Di dalam sohih Bukhari dan Muslim tertera hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah memuliakan tetamu dengan menjaga bahagiannya. Para sahabat bertanya; Dan apakah bahagiannya? Sabda nabi s.a.w, satu hari dan satu malam dan bertemu selama tiga hari dan hari selebihnya adalah sedekah.

Imam Ahmad bin Hambal dan Ibnu Habban telah mengeluarkan daripada hadis Al-Barra' bin Azib, Sesungguhnya ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasullallah! Ajarkan aku amalan yang boleh membawaku untuk memasuki syurga. Maka ia menyebut hadis dan di dalamnya ada Rasullallah s.a.w bersabda: "Berilah makanan kepada mereka yang lapar, berilah minum pada mereka yang dahaga, menyuruh kepada kebaikan dan menegah daripada kemungkaran. Sekiranya kamu tidak bercakap sesuatu itu maka tahan lidahmu melainkan untuk bercakap perkara yang baik".

Wallahu a'lam.

Sumber; Ibnu Atiq