The Way Of Love

Sila Click untuk off kan music

Mu'alij AKRINE



 




Teknik Serkupan Api (TSA) adalah kaedah terbaru rawatan saya yang telah diujikaji bersama dengan sdra Hairuzi.

Teknik ini berguna bagi merawat kes-kes yang berulang dan berdepan dengan dengan jin yang degil samada tidak dapat dikeluarkan ataupun tak mati bila dibunuh.

Perawat memerlukan sekurang-kurangnya 3 helai serban atau kain.

Setelah rawatan asas kepada pesakit ie declare dan spray, kain serban dibacakan dengan ayat-ayat azab dengan imiginasi/doa kain-kain ini ini akan terbakar seperti bara api dengan darjah kepanasan yang boleh ditingkatkan. Rukyah yang dicadangkan adalah ayat-ayat azab seperti ayatul kursi, ayat dalam surat ad-Dukhan (inna syajaratus zaqqum...) dan ayat dalam surat al-Haj (Hazani....). Tiup serban2 berkenaan.

Sehelai serban diserkupkan di atas kepala pesakit, sehelai lagi di bahagian perut hingga ke kaki. Sehelai serban lagi diserkup kepada bantal yang menggunakan teknik RENTAP. Serban pada bantal ini bolehlah dijalankan kaedah TRO dsb.

Bacakan selawat tafrijiah dengan niat dan doa serta tiup serbab-serban berkenaan.

Adakalanya TRO pada bantal.

Biarkan pesakit di bawah serkup dalam 20 minit dengan setiap 3-5mint ditambahkan kepanasan dengan rukyah tafrijiah dan tiup serban berkenaan.

Cerapan:

Jika pesakit kerasukan, jin di tubuh pesakit akan mengadu kesakitan. Akhirnya ada yang mati dan ada yang minta dikeluarkan

Jika pesakit dalam keadaan sedar, dia merasakan serban terlalu berat begitu juga di bahgian peha dan kaki.

Semuanya dengan izin ALLAH/

Ustaz Abdul Majid Hasan
Pengasas dan Penaung AKRINE

Rawatlah Diri Sendiri Dengan Al-Quran Dan Sunnah.

Di zaman mutakhir ini ramai diantara kita umat Nabi Muhammad s.aw telah diserang dengan perbagai penyakit yang sukar untuk dikenal pasti punca. Penyakit fizikal yang kadang-kadang sukar untuk sembuh setelah menjalani rawatan apatah lagi dengan penyakit yang tidak diketahui puncanya.
Kadang kala ada diantara mereka hilang arah bagaimana untuk merawat kesakitan yang dihadapi. Inilah ujian yang besar dari Allah s.w.t  telah melanda kepada umat manusia dizaman ini.

Sebagai seorang islam sudah tentunya pergantungan dan harapan ditujukan sepenuhnya semata-mata kepada Allah s.w.t.
Menzahirkan pengabdian ini menuntut seseorang itu berilmu pengetahuan dan beramal dengan apa yang telah diperintahkan seperti apa yang terkandung Al-Quran dan yang telah diajarkan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya melalui sahabat-sahabatnya.

Perkara asas untuk merawat diri sendiri iaitu amalan seharian yang perlu dilakukan seperti mana yang telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sentiasa mengamalkan membaca ayat kursi dan diikuti ayat al-Mu'awwizat dengan kaedah yang tertentu sebagai memohon perlindungan dari Allah swt.

Untuk memudahkan kita beramal saya nukilkan kaedahnya semoga memberi manafaat.
Insyaallah.

  1. Duduk dan melunjurkan kaki arah kiblat sambil mengangkat tangan seperti berdoa.
  2. Mulai amalan dengan membaca ayat penawar seribu guna iaitu surah Al-Fatihah (1x, 3x, 7x)
  3. Diikut dengan membaca ayat al -Mu'awwizat iaitu surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas.
  4. Tarik nafas kemudian hembus pada kedua tapak tangan sehingga habis nafas.
  5. Tarik sedikit nafas dan berhenti (tahan nafas).
  6. Sapu seluruh anggota bermula dengan muka, kepala, badan sehingga ke tapak kaki kecuali anggota sulit (kemaluan).
  7. Ulang sehingga 3x.
Sebagai tambahan bagi mereka yang merasakan ada gangguan jin, bacalah
  1. ta'uuz (a'uuzubillah hingga akhir), 
  2. basmalah (bismillah hingga akhir) dan 
  3. takbir (allahu akhbar)
  4. tarik nafas yang panjang dengan perlahan-lahan dengan niat mohon kesembuhan penyakit dari Allah
  5. hembus nafas perlahan dengan niat semoga sekelian penyakit dan jin keluar dari tubuh dengan izin Allah swt.
  6. Ulang kaedah sehingga 21x.
Bagi mereka yang merasa ada gangguan sihir amal kan kaedah berikut setiap kali selepas solat subuh, asar dan isyak.
  1. Membaca surah al-Falaq 41x
  2. membaca surah an-Nas 41x
 Gangguan sihir memerlukan amalan yang berterusan dan dinasihatkan agar pergi berjumpa dengan perawat islam yang mahir untuk merawat.

Semuanya dengan izin Allah jua untuk menyembuhkan segala penyakit.







Teknik Musnah Jin Guna Cermin

Teknik Musnah Jin Guna Cermin (TMJC):

1. Sediakan cermin yang boleh memuatkan muka anda

2. Celup tangan anda pada air rukyah dan tulis sambil baca kaaf ha ya aiin shood ha miim aiin syiin qaaf pada cermin berkenaan

3. Lihat muka anda cermin pada jarak 10cm

4. Fokus penglihatan anda pada dahi fathul Jamal iaitu di bahagian antara dua kening

5. Baca شَاهَتِ اْلوُجُوْهُ (syaahatil ujuuh - Seburuk wajah) berulang kali sambil anda memokuskan penglihatan ke fathul Jamal

6. Anda akan nampak pengganggu anda

7. Teruskan baca syaahatil ujuuh hingga jin itu lenyap

Akrine Kuang: Teknik Musnah Jin Guna Cermin




Zikir Mu'alij

Persediaan perawat sebagai memohon perlindungan daripada Allah s.w.t dan sentiasalah bernaung di bawah rahmat dan rahimnya.