Jika kamu berbuat kebaikan, (maka manfaat) kebaikan yang dilakukan itu akan kembali kepada kamu juga. Dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesannya) kembali juga kepada kamu. (surah al-Isra’; 7)
AKRINE Slim River
The Way Of Love
Thursday, November 25, 2010
Pautan Koleksi Soal Jawab Fiqh
1. Larangan Isbal (Melabuhkan Pakaian Hingga Menutup Mata Kaki
2. larangan-membuat-dan-menggantung-gambar.html
3. topi-sarban-atau-ketayap.html
Friday, November 19, 2010
Cium anak pun boleh dapat pahala
Cium anak pun boleh dapat pahala…
Lama gak tak update blog ni, agak sibuk sedikit. Entri kali ni adalah dari e-mail yang saya terima dari kawan. Isi kandungannya yang agak menarik dan ingin saya kongsikan bersama pembaca blog ini.
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Ringkasan Solat Jamak & Qasar
Solat Jamak & Qasar
Pengertian Solat Jamak
Mengumpul dua solat dalam satu waktu seperti waktu solat zohor kepada asar dan sebaliknya, serta solat maghrib dengan isyak dan sebaliknya.
Solat Jamak terbahagi kepada dua:
- Solat Jamak Takdim
Solat zohor dan asar dihimpun pada waktu zohor dan solat maghrib serta isyak dihimpun pada waktu solat maghrib.
Syarat Jamak Takdim
- Hendaklah dimulai solat waktu dengan tertib waktu, ertinya dimulai solat zohor daripada asar dan solat maghrib daripada isyak.
- Berniat jamak pada solat yang pertama pada takbiratul ihram atau di tengah solat selama mana ia belum memberi salam.
- Hendaklah berturut-turut menunai solat pertama dan kedua atau diselangi selama kira-kira dua rakaat solat sunat. Sekiranya diselangi dengan iqamah dan berudhuk maka jamaknya tidak terbatal.
- Berkekalan musafirnya sehingga takbir solat yang kedua, tetapi tidak disyaratkan sehingga salam.
- Solat Jamak Takhir
Solat zohor dan asar dihimpun pada waktu asar begitu juga solat maghrib dan isyak dihimpun pada waktu isyak.
Syarat Jamak Takhir
- Berniat mentakhirkan solat waktu yang pertama pada waktu kedua apabila masuk waktu solat pertama.
- Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat.
Cara-cara menunaikan jamak takhir.
- Apabila masuk waktu pertama (zohor atau maghrib), hendaklah kita berniat hendak mengerjakan solat waktu pertama pada waktu kedua (asar atau isyak).
- Solat jamak takhir tidak ditentukan tertib waktu nya. Apabila tiba waktu solat kedua (asar atau isyak), boleh didahulu solat yang waktu pertama atau kedua (zohor – asar serta maghrib-isyak).
Pengertian Solat Qasar
Memendekkan solat daripada empat rakaat kepada dua rakaat iaitu hanya pada solat zohor, asar dan isyak.
Syarat-syarat Qasar.
- Bermusafir dan bukan bertujuan maksiat.
- Perjalanan yang lebih atau tidak kurang dari dua marhalah (60bt/ 100km).
- Solat yang diqasarkan hendaklah solat fardhu yang mempunyai empat rakaat (zohor , asar dan isyak) yang dilaksanakan secara tunai. Solat qada' boleh diqasar sekiranya solat itu ditinggalkan ketika dalam musafir.
- Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratul ihram,
"Sengaja aku solat fardhu zohor dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala".
- Tidak boleh berimam dengan orang bersembahyang secara "tamam" (sempurna).
- Hendaklah pasti destinasi dan tujuan, jika tidak tentu maka tidak boleh qasar.
- Berkekalan musafir sehingga selesai solat.
- Berpengatahuan tentang tuntutan harus mengerjakans solat qasar bagi orang bermusafir.
Penjelasan Jamak dan Qasar.
Sembahyang jamak dan qasar ialah solat yang hanya boleh dilakukan apabila seseorang bermusafir lebih daripada dua marhalah (60bt / 100km). Permulaan musafir dikira apabila setelah seseorang keluar dari kawasan mukim (40km persegi) samaada perjalanan itu melalui darat, sungai, laut atau udara. Akhir musafir ialah apabila kita memasuki semula kawasan permulaan musafir tadi iaitu permulaan sempadan mukim.
Bagi membolehkan seseorang itu untuk mengerjakan solat jamak dan qasar, hendaklah ia menentukan kemana arah tujuan dan destinasinya. Dan tempoh safarnya tidak lebih dari 3 hari, tidak termasuk hari sampai dan pulang. Sekiranya urusannya tidak dapat diselesaikan dari sehari ke sehari maka ia diharuskan jamak dan qasar selama 18 hari.
Kemudahan solat jamak juga diberikan kepada ahli kariah yang ingin mengerjakan solat jamak secara berjamaah dimasjid apabila hujan lebat disebuah kampung yang menyebabkan jalan lecah becak, dengan syarat masih ada hujan ketika awal solat dan di antara kedua-dua solat.
Niat Solat Jamak dan Qasar
- Niat Jamak Takdim dan Qasar: Zohor – Asar
Niat solat Zohor:
"Sengaja aku sembahyang fardhu zohor dua rakaat qasar dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala".
Niat solat Asar:
"Sengaja aku sembahyang fardhu asar dua rakaat qasar dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala".
Mengerjakanya dengan satu azan dan diiirngi dua iqamat (setiap waktu).
- Niat Jamak Takdim dan Qasar: Maghrib – Isyak
Niat solat Maghrib:
"Sengaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala".
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan kerana hanya tiga rakaat. Hanya solat empat rakaat sahaja yang dibolehkan qasar.
Niat solat Isyak:
"Sengaja aku sembahyang fardhu isyak dua rakaat qasar dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala".
- Niat Jamak Takhir dan Qasar: Asar – Zohor
Niat solat Asar:
"Sengaja aku sembahyang fardhu asar dua rakaat qasar dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala".
Niat solat Zohor:
"Sengaja aku sembahyang fardhu zohor dua rakaat qasar dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala".
- Niat Jamak dan Qasar: Isyak - Maghrib
Niat solat Isyak:
"Sengaja aku sembahyang fardhu isyak dua rakaat qasar dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala".
Niat solat Maghrib:
"Sengaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala".
- Niat Jamak dan Qasar: Isyak - Maghrib
Saturday, November 6, 2010
Monday, November 1, 2010
Raya Qurban??
Hadis diriwayat oleh at- Tirmizi
Umat islam umumnya akan meraikan hari kebesaran dalam kalender Islam pada 17 November 2010 ini,
iaitu Hari Raya Hajj / Qurban. Sinonemnya dengan perayaan ini sudah tentu ramai diantara umat islam yang mengambil bahagian untuk melaksanakan ibadah korban sama ada dengan menyembelih lembu, kambing dsb.
Amalan ini tentunya akan memberi kesan dalam pengabdian kita kepada Allah swt sekiranya kita dapat melaksanakan dengan rasa penuh ikhlas dan merendah diri kepada Allah sebagai mana yang dituntut dalam Islam.
Pengertian Qurban.
Bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya yang mencukupi syarat seperti yang telah ditetapkan oleh hukum syara', daripada binatang ternakan yang dikategorikan sebagai peliharaan iaitu unta, lembu / kerbau, biri-biri dan kambing.
Penyembelihan haiwan ini hendaklah dilaksanakan pada hari Nahar atau Hari Raya Haji iaitu 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyrik - 11,12 dan 13 Zulhijjah kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
Allah swt. mengurniakan ganjaran pahala yang besar kepada mereka yang melaksanakan ibadah qurban ini dan fadhilat yang diperolehi di antaranya:
a) Menambahkan amalan kebajikan kita dalam beribadah.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulu adalah kebajikan".
b) Sebagai penebus dosa-dosa.
c) Untuk mengharapkan pahala dan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.
Hikmah yang terkandung dalam ibadah korban ialah untuk kita memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s seperti yang dinayatakan di dalam ayat Al-Quran. Ianya juga akan melahirkan tanda bersyukur kita pada Allah terhadap nikmatnya yang melimpah-ruah.
Disamping itu juga ianya akan menanamkan rasa muhibah dan kasih sayang sesama kita antara si kaya dengan si miskin.
Wallahu a'lam.