The Way Of Love

Sila Click untuk off kan music

Tuesday, May 10, 2011

mStar Online : Majlis Peguam Dakwa Islam Bukan Agama Rasmi, Tiada Dalam Perlembagaan Persekutuan

Mereka yang berjuang untuk menegakan Islam dibumi Malaysia tidak terkejut dengan kenyataan ini. Perkara ini telah dirungkaikan dalam hampir setiap ceramah politik PAS tentang perlembagaan dan kedudukan kita orang melayu ditanah Malaysia. Tetapi orang melayu Malaysia telah dibuai dengan mimpi indah oleh pemerintah dengan hak istimewa kewatanan dan kewargenegaraan sehingga kita dilupakan dimana kedudukan agama Islam dalam perlembagaan Malaysia.
Perjuangan menegak Islam akan bertambah getir dengan adanya tuntutan pengistiharan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
Semoga Allah memberi taufiknya untuk umat Islam Malaysia menyedari hakikat ini untuk memperjuangkan dan memelihara agama Islam sepenuhnya

mStar Online : Majlis Peguam Dakwa Islam Bukan Agama Rasmi, Tiada Dalam Perlembagaan Persekutuan


BERITA

Majlis Peguam Dakwa Islam Bukan Agama Rasmi, Tiada Dalam Perlembagaan Persekutuan
KUALA LUMPUR: Seorang peguam mendakwa, Islam bukan agama rasmi Malaysia kerana klausa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Persekutuan Majlis Peguam, Syahredzan Johan mendakwa, Perlembagaan Persekutuan tidak pernah mencatatkan bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini.
Mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa terdapat usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi menggantikan Islam, beliau berkata bahawa akhbar berkenaan telah mentafsirkan Perlembagaan secara salah yang dianggap berbahaya yang boleh menimbulkan ketegangan agama di Malaysia
“Dalam terma Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama untuk Persekutuan, bukan rasmi atau tak rasmi. Hal ini jelas dalam Perlembagaan, Islam bukan agama rasmi," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa, lapor The Malaysian Insider.
Syahredzan memetik Artikel 3 bahawa “Islam adalah agama Persekutuan; tetapi agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni dalam mana-mana bahagian Persekutuan dan menekankan tiadanya perkataan 'rasmi' dalam mana-mana peruntukan.
Katanya, seksyen berkenaan mestilah dibaca bersama Artikel 11yang menyatakan "Setiap orang berhak untuk mengaku dan mengamalkan agamanya sesuai dengan Klausa (4).
“Kita perlu faham terma yang betul untuk digunakan apabila bercakap soal Perlembagaan Persekutuan,” katanya sambil menambah bahawa setiap orang daripada menteri hingga blogger yang bercakap mengenainya hakikatnya tidak mengetahui apa-apa mengenai Perlembagaan.
Beliau perhatikan, dengan menambah perkataan tambahan dalam Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar telah membaca sesuatu yang tiada di dalamnya dan mengubah undang-undang.
“Itu tidak mengikut Perlembagaa," tegasnya.
Syahredzan berkata, menteri dan peguam-peguam sepatutnya memahami kandungan undang-undang kerana itu adalah tugas dan tanggungjawab mereka berbanding orang biasa.
“Jika orang biasa, itu boleh dimaafkan tapi kita bercakap mereka yang menteri, peguam, media... mereka yang berpengaruh dalam masyarakat.
“Jika merekapun tak faham bagaimana Perlembagaan, bermakna kita menghadapi masalah besar kerana ia akan merosakkan masyarakat," katanya..
Syahredzan berkata, beliau mengutarakan isu ini kerana tiada siapa yang berbuat demikian sebelum ini.
“Sangat bahaya memainkan isu malah lebih lagi jika melibatkan isu Perlembagaan ini, ia menjadi siu agama, politik. Seseorang mesti bangun dan bercakap megenainya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan sudah tiba masanya Putrajaya membetulkan salah faham ini bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.
“Sesuatu mesti kerajaan lakukan, nyatakan mana yang ya mana yang tidak dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan mesti memainkan peranan utama membetulkan salah faham konsep bukan semakin memburukkan keadaan,” katanya dan menawarkan kempen MyConstitution Majlis Peguam untuk membantu Barisan Nasional (BN) memahamki Perlembagaan.
Beliau turut menkankan bahawa Malaysia adalam negara sekular yang termaktub dengan Perlembagaan bukan al-Quran atau peraturan syariah.
“Ada yang berketa negara kita adalah negara Islam.
“Tetapi negara Islam dipandu oleh Quran dan Sunnah, yang menrupakan undang-undang paling tinggi di negara," jelasnya.
Beliau turut menjelaskan kontroversi menukar agama rasmi Islam kepada Kristian yang dibangkitkan oleh kumpulan pembela hak Melayu dalam Artikel 3, boleh dilakukan dengan persetujuan dua pertiga majoriti di Parlimen tanpa perkenan Yang Di-Pertuan Agong.
“Ia berbeza dengan Artikel 152 melibatkan bahawa kebangsaan,” tambahnya yang menyatakan bahawa Artecle 152 (1) yang menyebut bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.
Berkaitan Kristian menjadi perdana menteri, Syahredzan berkata ia boleh dibuat kerana Perlembagaan tidak menyatakan jawatan itu mesti dipegang oleh seorang Islam.